Showing posts with label hari ku penuh makna. Show all posts
Showing posts with label hari ku penuh makna. Show all posts

January 29, 2012

MUMMY, I'M HOME!!!!!!!!!

Cukup sebulan stay kat Kemaman. Finally dah balik ke Selangor and now I dah sampai kat rumah I kat PENANG!!!!! Mama dah siap ugut dah andai I tak balik rumah before dia pergi Sarawak 2nd February neh

"Kalau adik tak balik rumah sebelum mama pegi Sarawak, adik jangan balik terus dah lepas ni"

Ouh damn, what kind of sorcery is this? Mama dah pandai mengugut ahh skang ni. Gile maju my mum! Dah, skang ni adik dah balik mama jangan marah-marah lagik ok? Hik Hik


p/s: Mid life crisis, biasa lerr tuuu....hehehehehehe




Truly, deeply, madly missed home

December 27, 2011

Mob to Kemaman

First time nak bermastautin di Terengganu. Maybe stay sampai sebulan. Huntsman commissioning. Nak buat macam mane kan? Dah name pon kerja, eventhough as a trainee je pon. Tak kisah la, janji dapat experience + extra elaun. Leh buat bekelan di masa hadapan. He He He. Skang baru sampai dekat Homestay Hotel. Maybe malam ni je yang bermalam kat sini. Esok dah tukar hotel dah rasernye. Maybe duduk kat Awana Kijal. Ouh damn, memang jadik orang kayan kejap #tangandidadamatakeatas


p/s: aku ni boleh ke free hair kat pantai timur?


Truly, deeply, madly perak

August 31, 2011

Selamat Hari RAYA!!!!

Sepanjang bulan puasa, malas betul la nak update blog. Kalau cousin aku tengok ni, sah-sah dier dah nampak segala macam sawang kat blog yang satu ni. Huhuhuhuhuhu. Ouh, by the way, malas nak tulis panjang, so terus kembali ke topic asal. To all my beloved friends,


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN




Ikhlas dari,

May 1, 2011

Shoe coma

Pernah anda dengar phrase di atas? Mungkin korang pernah dengar tapi as different words; shoe and coma. Tapi kalau shoe coma??? Haaaa, dah konpius kan?? Hahahahaha

1 May 2011, Hari Buruh yang menjadi cuti umum buat semua pekerja. Tak kira la perkeja awam ke, swasta ke, sendirian berhad ke or penganggur. Semua nak cuti hari nih. Mazni and ai pon haruslah cuti same. Tak tahu nak buat ape hari cuti macam ni, kami pon bercadang nak pergi jalan-jalan dekat entertainment place kat Ipoh neh. Cadangan asal: Red Riding Hood.

Menaiki motor meredah hujan menuju ke arah Ipoh Parade. Keringkan baju yang basah dekat toilet dengan menggunakan dryer (teruk tol perangai) sebelum meneruskan perjalanan menawaf IP. Usha tiket wayang, red riding hood takde plak kat GSC IP neh. So berjalan dan berjalan dan berjalan. Sempat la ai beli pendrive 4gb yang sangat comel and makan segala paratha serta each-a-cup. Then kitorg decide nak pergi Jusco plak. Hujan atau tak, itu perkara kedua.

Sampai Jusco, kami menuju ke Johnny's. Menjamu selera, makan macam tiada hari esoknya. Hahahahahaha... Sebelum Johnny's, ai sempat pau sepasang kasut kat Nose yang buat promotion 50% on selected items. lepas makan dekat Johnny's, ai ngan Mazni pon jalan-jalan and masuk akt Vincci.

"Ouh, kasut lambak lagi Mazni. Jom tgk!"

Tapi yang pelik nya, kenapa ramai sangat orang kat dalam Vincci ni. Kat Nose pon ade gak wat kasut lambak mcm ni, tapi takde la seramai ini. Then ai tengok keliling, kenapa dekat rak-rak kasut dier, kasut macam nan hado sajos? Macam semua di buat lambak sajos? Then ai nampak 1 tag yang sangat-sangat menarik perhatian ai.

'50% on all ITEMS'

All items?? HAH?? ALL ITEMS?? FOR REAL??

Bermula dari situlah shoe coma ai. Almost every kasut ai try and ai rase nak amik. Mula-mula ai terfikir, nak tutup ke outlet Vincci neh yang buat sale gila-gila neh? Rupenye 3-days special. Ai rase ai berada kat dunia lain time ai kat Vincci tu. Dunia kasut yang sungguh indah. Pelbagai jenis kasut. Hari tu saje ai borong 4 pasang kasut, dekat Vincci sajos. Total kalau masuk dengan Nose, ai dah tapau 5 pasang kasut. Ouh, indahnya dunia kalau hari-hari boleh shoe coma macam ni. Segala gambar kasut yang ai tapau korang boleh tengok dalam post ni. Tak larat dah ai nak upload gambar. Till next time, daa~


p/s: Lebih indah kalau shoe coma ai melibatkan Louboutin yang buat sale 70%, all items! Hiks~


Truly, deeply, madly in shoe coma,

April 30, 2011

Dinner Jan07

Tertanya-tanya bile tengok title post ai? Yela kan, ai pon sedar diri yang ai sebenarnye intake batch Jan06, tapi yang ai pergi dinner intake Jan07 kenapa kan? Junior plak semua tu. Hahahahahahahah

Al-kisahnye,
Ai memang intake Jan06. Tapi disebabkan otak kurang bijak plus masa remaja yang menggelumangi diri time tahun 2006 tu, ai pon repeat foundation 1 sem then baru lepas. So ai join undergrad dah same dengan intake July06. Ai bersama dengan batch tu sampai la 2nd year 2nd semester ai di mana ai ditimpa kecelakaan yang menyebabkan ai terpaksa buat deferment and extend lagi 1 sem. So starting tahun 2009 up until now, ai dah join batch Jan07. Even junior and even banyak je pembawa-pembawa mulut pasal ai yang ai dengar, ai manage untuk membuat agak ramai kawan dalam batch tu. Aryaa, Suhaib, Fadhil, Joned, Waktang and the gang, Shahrul, Farah, Belle and the gang, and ramai lagi. So tak la sunyi sangat final year ai. Banyak betul circle of friend ai yang ai sangat sayang. Sebab tu la ai pegi dinner batch neh even pon ai sebenarnye senior. Wakakakakakaka.... Tapi heran ape kan? Kite bayar and kite berhak pergi. Huhuhuhu. Tema macam biasa, merah hitam putih. Malam tu ai jadik mak ngah sebab ai pakai baju kaler merah. Di bawah adalah kompilasi gambar-gambar yang sempat ai ambil. Maklumla, hp cokia. tak berape lawa sangat la ye. Till next time, daa~

Table 6, Aryaa and ai punye table
Me and my date, Gowri Gopalakrishnan
Makanan yang dihidangkan

Persembahan oleh Stereopop (kowt)

Meja sekeliling

Thank you Mr. Junior for capturing our photo


p/s: saje nak tengok junior-junior dress up gane..hahahahahaha



Truly, deeply, madly red,

April 10, 2011

KL mengaum!!! [part 1]

8 April 2011...
Ape yang boleh dilakukan untuk weekend neh?? Baru habis segala test and now bosan sangat otak. Shikin tengah tido. Mengadap laptop again and again menyebabkan kehidupan terasa bosan dan tiada penghujungnya. Akhirnya shikin terjaga dan memberi satu idea yang bernas.

"Jom ikut aku balik KL nak? Leh layan konsert Hoobastank!"

Macam menarik plak idea Shikin tu. Lagi pon kat UTP bukannye ade sape-sape. Fadhil balik melaka, Afro gi kutip buah durian kat dusun, Zik balik Penang. Kenapa aku tak balik Penang sajos? Ouh, mama takde kat rumah, mama gi umrah. So, ai pon tanpa fikir panjng stret kemas barang and join Shikin balik KL. Sampai dalam pukul 9 pm, jumpe Ayeem dekat KL Sentral, then kitorg gerak ke KLCC naik Putra. Adik Shikin dah tunggu dah kat KLCC ngan kazen dier. Letak barang dalam kereta kitorang pon pegi melayan konsert. Nak dijadikan cerita, adik SHikin dapat Fanzone punye pass, so kitorg duduk memang betul2 depan stage la. Best gak la dapat tengok Wonder Girls, Hoobastank live kat KLCC. Ouh yeah, konsert to bersempena dengan F1 race kat sepang. Tu yang ade Live@KLCC Twin Towers Concert. Lepas habis concert tu kitorg stret sajos balik ke Kota Kemuning, kediaman Shikin.


9 April 2011......
Tak ade hala tuju lagi. Pagi sampai petang ai lepak dengan syera kat dalam bilik dier. Melayan movie and so on. Shikin keluar dengan kawan dier kejap. Malam baru Shikin balik, kitorag heading terus ke McD seksyen 14. Calling-calling Iera and dalam setengah jam macam tu dier sampai dengan zul. Tak tau nak buat ape, ai, Shikin, Iera and Zul stret gerak pergi Danau usha2 barang kat situ. Roger Anys and dier pn join lepak skali. Then roger Naim plak. Ouh, makin lame makin besar crowd kitorang. Hahahahahahahah


to be continued...............


Truly, deeply, madly tourist,

December 6, 2010

Johor Bharu day #10

Semalam genap 10 hari I spent time kat JB ngan my sayang. Macam2 benda yang happen. From happy moment, to sad moment, to moment of bergadohing sampai la moment dont-wanna-let-go-ing. Since semalam hari last I kat JB, mcm2 kami buat kononnya nak memanfaatkan masa yang masih terluang.

- Tengahari gi Plaza Kotaraya mencari baju kurung kaler maroon untuk di bawa ke Sarawak nnt.
- My sayang bawak gi City Square untuk belikan I kasut.
- Then pegi UTM balik sbb nak hanta cik Hazirah balik KL dekat stesen bas Sri Putri
- Lepas 2 gerak gi Bukit Indah konon sayang nak mencarikan handbag untuk I tapi xde yang menarik di hati. Last2 pegi Bukit Indah untuk makan sizzling mee and pretzel.
- Balik mandi, siap2 and then sayang antakan I kat stesen bas Larkin. 
- Bas gerak kul 12 malam and habis sudah memory I di JB buat masa ni.


Pagi tadi I baru je smpai Ipoh and took the cab to UTP as this afternoon my parents dah nak dtg amik I balik Penang dah. Sebak rase hati bile nak terima hakikat yang I ngan sayang I dah x sedekat mcm I kat JB last 10 days. Kitorang dah balik ke keadaan yang asal; die dekat JB and I kat Penang. It hurts to learn that lesson. My heart cant accept that. Ya Tuhan ku, panjangkan lah jodoh kami hingga ke akhir hayat. AMIN....


p/s: semoga sayang dapat bonus cepat lepas 2 kite kawen eyh? I pon nak try crik keje kat area Johor gak nnt. Cant wait to be by your side the whole life!!!!

Truly, deeply, madly in love with you,

May 25, 2010

i love you so much sayang.......

Hari neh I chat ngan sayang I. Rindu sangat kat dier. tapi I tak tau whether dier rindukan I ke tak. Maybe just nak sedapkan hati I and nak make sure I focus study, dier cakap jek perkataan sayang tu. Dah lame tak dengar butir bicara kasih dari mulut dier. Pastu tadi, dier de tulis sumthing kat gtalk I. And I sangat terharu membaca....


"you may not be her first, her last, or her only.
she loved before she may love again,
But if she love you now, what else matters?
she not perfect- you aren't either,
and two of you may never be perfect together
but if she can make you laugh, cause,
cause you to think twice
and admit to being human and making mistake,
hold onto her and give her the most you can.
She may not thinking about you every second of the day,
but she will give you a part of her that she knows you can break - her heart.
So don't hurt her, don't change her,
don't analyze and don't expect more than she can give.
Smile when she makes you happy,
let her know when she makes you mad...
and miss her when she's not there.......
(miss you sayang Fatin Mardiyah)
"




Thanx sayang..... I sangat rindukan u & sayangkan u....
Love u so much!!!!
MUARKHX!!!!!


truly, deeply, madly in love....

May 6, 2010

cuti hari buruh [PART 4]

*continued lagik..............*

Letih gile bile time bangun tido. Sekali tgk jam dah pukul 3.oopm. Iera ngan Ekin sedap tido kat dalam bilik I (sebenarnye dorg lari dari keganasan kucing2 I) & si Yana plak dok seronok fesbuking. Bangun dan bermalas-malasan sebentar sebelum mandi. Afetr mandi, I termenung sebentar....

masak hari ni pon best gak..... ramai orang nak makan racun aku hari neh...

I pon kuar kan segala bahan mentah. Raser mcm nak buat ayam masak merah & telur mata masak kicap. Makanan orang bujang mmg mcm tu...... Eyh, ayam masak merah tu pon dh kire loaded ok??? Lepas dah ready2 sume bahan mentah, nasi pon dalam proses pemasakan, I pon start memasak makanan untuk anak-anak dara I kat rumah. Dalam mase yang same, Iera sedang mandi, Ekin sedang bermalas-malasan kat depan & Yana tak habis-habis FB-ing. Biarkan je la kat dorg. I dh rser cm bosan dah nk FB-ing. So, I teruskan dgn agenda I memasak racun-racun untuk gadis2 di rumah I neh. After Iera mandi, dier pon kuar tolong I masak. I biarkan dier wat telur mata goreng kicap resepi warisan dier & ttbe dier nak buat sayur kobis goreng plak. Sape nak makan weyh sayur kobis kat umah neh??

xpe....kalau xde sape makan, aku ratah sampai habis.....

Teringin gak nak tgk minah neh ratah kobis yang dier masak. Mau muntah hijau dier mkn kobis yang sebanyak 2. Takpe la Iera, buatla ape yang ko suke, xde hal punye. So after ready sume masakan, (skali lagik, hp ku xde camera, so xde gmba leh tnjuk) I pon panggil sume anak2 dara kat dalam umah 2 untuk kuar makan. Biase ahh kat umah neh, kalau makan ramai-ramai, salunye kitorg suke makan kat luar. Besh, dapat angin natural (masalahnye, hari tu sikit angin pn x muncul). Lepas-lepas makan sume, biase ahh, minah yang tangguk makan akan cuci pinggan. Adab memakan mmg cmtu. Wakakakakakakkaka

weyh makcik, tadi kater nak karok! dah 3 hari leh dikatakan aku x balik umah neh!!!

Alah Iera..... Mak ko ngan aku de link besar kowt. Takkan dier crik ko slagi ko dlm tangan yang selamat. Ha Ha Ha.......... After makan & kemas2 sume, I anta Yana balik umah dulu sbb dier nak kne report duty kat hubby kesayangan dier, Abg Mat Husen. kang Mat Husen marah, 1 keje plak I nak menjawab. After anta Yana, I kembali ke rumah untu kuar siap2 dan pergi karok

sorg masing2 nak karok 5-6 lagu.... bajet korg wat konsert ke ape?????

Karokla kami smpai kul 8 mlm. Lepas tu, I anta Ekin balik umah dier kat Perda & Iera balik umah sendiri since dier bwk kete sendiri. Dan I plak???? Kembali ke kehidupan yang bosan serta-merta. Iera dah balik umah, Ekin & Yana pon same. I gak la yang tinggal sorg2 kat umah neh. Seb bek la ade internet. Jadiknye, FB lalu............. Tu pon seb bek de Shahrul Niza teman I through Gtalk. Kalau x, mmg mati kebosanan I. Luckily, mama & papa pon dah on the way balik Penang ngan Abg Ijai. Kalau x, mmg I mati akal dok umah neh sorg2 sampai esok. Sedang ngah chat-chat ngan Shahrul, cmne ntah pon I leh tertido......


krohhhhhhhh.........kroooooohhhhhhhhhh..............


*to be continued lagi eyh??? Last part dah.........*


truely, deeply, madly....

cuti hari buruh [PART 3]

*continued........*

fatin...bangun...bangun la weyh!!!!

Arrrrrrrghhhhhhhhhhhh...... Ngah sedap gile tido neh ade plak orang nak kacau. Tak bley tgk nyenyak tido kejap ke?? Haish~ Saba je la ngan makcik sorg neh. Dah la bangun2 nmpak muke dier. Bapak tak ceria hidup I. Ok, mengeliat kejap. Kiri dulu. Kanan pulak. Urgh~ Malasnye la nak bangun. Macam sedap jek tilam nipis neh I tido ngan kipas berputar pantas kat atas kepala neh. Taknak bangun leh x??

debuuuuuuuuuuukkkkk!!!!!!!!!!

Skali kena baling ngan bantal daaaaa. Kalih2 tgk si Iera dah siap mandi ngan tuala ikat kat atas kepala mcm pakai turban plak. Tengok jam kejap. Sekali dah pukul 2 petang daaa...... Ok I bangun! Mandi2 sume siap, kitorang gerak balik umah Iera ngan merempit sebab dier nak anta moto yang dier baru amik smlm kat umah. Plus I nak gi pujuk Cik Kiah mita Iera teman I tido lagik mlm neh. So dalam kul 3.00pm kitorg kuar dri umah I. Kedek2 bawak moto, smpai umah Iera dlam kul 3.30pm. Cik Kiah sambut kami kat depan umah.

Tujuan asal >> tumpang makan kat umah Iera sebenarnye. Malas nak masak. Ha Ha Ha....

Dalam Iera ngan goreng ayam (sebab makanan dah habis K-Own balun), tetibe dpat pangillan dari Aq suh belikan telur ayam 10 bijik. Kate mereka sangat kebulur tapi cume de naget ayam jek. Tak cukup ngan telur ayam, dorg kol skali lgik suh beli sardin tin kecik plak. Sian I ngan Iera dgr. Tapi kitorg pon ngah kebulur neh. Tggu je la kejap eyh. Nnt kitorg belikan nasik kat korg. So lepas melahap I ngan Iera pon gerak balik umah I balik & singgah kedai makan utk tapau makanan 4 makhluk 2 ketul kat umah Aq. Pastu kitorg pon anta la makanan 2 kat dorg (mau la selepas 3 jam dorg menunggu..seb bek hidup lagik...) kat umah Aq. Lepak2 kejap planning nak kuar mne mlam 2. Plan asal I ngan Iera nk gi Batu Feringghi. Macam dh lame I x jejak kaki kat situ. So after planning, I ngan Iera pon balik ahh umah I utk siap2.

8.30pm, sms received > ape plan mlm neh?

Bukan dah ckp ke kitorg nak gi Feringghi?? Ape korg neh pekak ke? Last2 dapat kol dari ********* kateye dorg dh gerak gi Feringghi. Lahanat, curik plan kitorg. Fine xpe, kitorg gi sndri. La la la~ Dah siap2 mau gak dalam kul 10 baru I ngan Iera gerak gi Feringghi. Atas jambatan, jalan clear. Skali smpai Gurney, jalan jammed nak mampos!!!

Padan muke ko Iera!!!! Sape suh ko bwk kete manual??? Cramp kakai ke kak??? wakkakakakakakaka

Ok, dah smpai Feringghi, kitorg gi Night Market. Tapi dah lewat dh sebenarnye sbb dah pukul 12 mlm kan. Banyak kedai dh tutup. So I ngan Iera gi kedai mne yang sempat jek. 2 pon sempa lenjan sepasang dress, 5 subang ngan 1 rantai yang sangat cantik & murah!!! (ok, hp I xde camera, so xleh nak amik gmba......) Kat Nigth Market 2, jumpe la ngan Aq & Man. Tapi masing2 bawak haluan sendri sbb dorg cm dh lame kat citu tp ktorg baru je smpai. So kitorg nak jalan2 dulu sume. After jalan kat Night Market, I ngan Iera gerak gi McD Gurney. Tapau McD n makan kat tepi pantai kat Gurney Drive.

sms received >> Datang sunset bistro now!!!


Aihhhh... Senang2 jek nak suh kitorg naik Feringghi balik. Tapi dah sbb Aq ngan Man insist, kitorg naik gak la balik. Iera dah serender bawak kete sbb kaki cramp katernye. Wakakakakaka...... Tadi kemaruk sgt nak bwk kete, skali kaki cramp. Ha Ha Ha~ After berpusing2 carik tempat tu, akhirnye jumpe gak. Tengok2 Yana & Ekin pon ade skali kat tempat 2. Lepak la kitorg ber-7 kat tepi pantai. Sangat nais ahh tempat lepak 2. Table dier letak kat atas pasir pantai. Sape terasa nak terjun laut kat citu pon bley. Macam nais jek sume. So dah bile nak balik, Iera, Yana & ********** naik kete Iera while I, Aq, Man & Ekin naik kete 1 lagik. Reason, dorg x larat nak bawak kete lagik 1 tu turun Feringghi. So I pon bwk la kete 2. Bengang giler otak I layan budak2 x betul dalam kete 2. kejap nak gi Nasi Beratur la, kejap nak gi situ la, kejap nak lagu kuat la, kejpa lagu x in la, kejap itu la, kejap ini la. Leh mati layan kerenah manusia klu sume org perangai cmtu.

weyh korg, jangan lupe singgah stesen minyak terdekat ok??? Tangki dah penuh laa~~


Ok, after singgah stesen minyak, kitorg gerak menuju ke bridge. Sempat kejar kete Iera, since kete 1 lgik y I bawak 2 kete Waja. So haruslah dpt kejar kete Kelisa Iera. Salute kat Ekin, sbb kalau dier masuk sekolah yang memerlukan penguasaan bahas isyarat, 1 haram org x leh nak paham bahasa isyarat dier. Nak ckp kat ahli kete Iera, drive terus n jumpe kat umah Aq. Skali Ekin kuar segala bentuk tangan menyampaikan msg 2 kat kete sebelah (yakni kete Iera). Dah nak pecah perut I tahan gelak ngan sign language Ekin. Last skali, pendekatan yang paling mudah, kol dah bgtwu. Ekin jeling xpuas hati bile I kol Iera bgtwu twu arah tuju.

hah... Kan senang kalau dari awal kol????

I plak yang kne lenjan ngan Ekin. Sabau je la... hahahahahaha.... Skali kat atas bridge jammed lagik. Nasib baik la kete Waja neh auto. Kalau x, mau jammed gak kaki I pijak clutch jek. Di atas Jambatan Pulau Pinang neh la berlakunye aksi berani mati yang dilakukan oleh saudara A (bukan nama sebenar)

********************

me: Ekin, de roadblock laaaaa....

Ekin: So??

me: lesen aku mati la sial.... Ko de lesen??

Ekin: mane aku de lesen weyh.... Camne neh???

me: orang blakang neh dah mati terbungkang dah. Kejut dorg weyh, kater de roadblock.


**Meanwhile, I call hp Iera.**


me: Iera, de roadblock ahh. Lesen aku mati neh, cmne???

Iera: aah dowh, aku lupe lesen ko mati. Camne neh??

me: bodo, aku tanye ko, ko tanye aku balik??? tanye tuan kete plz.... NOW!!!!

Iera: jap, ko kol aku balik
Click!!!!


**Selang 5 mnit, I call Iera balik**


me: weyh Iera, camne dowh???

Yana: yana neh. korang dah nampak polis ke?

me: lom lagik neh. So cmne??

Yana: (cakap bisik2) A, amacam? leh??

me: ko ckp ngan sape sial??

Yana: korang dekat ngan kete kenari ke??

me: aku dekat ngan lori ais BEH!!

Yana: okay, nnt A pegi kat korg

me: HAH???!!!!!!!!!!

Yana: (cakap ngan org lain) A, lari2 cpat. dorg dekat ngan lori ais BEH!!!!

me: weyh, dtg cepat, kete dah start gerak neh.... (xsempat letak fon) WEYH, AKU DAH NAMPAK A LARI!!!!!!! (tarik handbrake) Ekin, pegang2 bag aku!!!


And dengan pantasnye I berpindah kat seat belakang & si A neh kelam kabut masuk kete yang I drive & start jalan balik......

********************

Dalam kete, I ngan Ekin dah non-stop gelak sebab A berlari-lari atas jambatan menuju ke arah kete dier yang I drive before diz. Pecah perut sangat2 weyh. Dah la A bru bangun dari tido tadi. Tau-tau dah kne wat marathon atas jmbatan menuju ke arah kete sendri. HAHAHAHAHAHAHHA~~~

weyh, nasib baik aku jumpe kete...kalau tak sampai ke perai aku wat marathon lalu through roadblock sambil pegang lesen kat tangan!!

Pecah pundi kencing I tahan gelak. Dah sampai sakit sume sendi2 I. Rupenye jammed mmg sbb roadblock, tapi bukan roadblock tu yang buat jammed. Dar 3 lane nak jadik 1 lane mmg la jammed bangang!!! I ngan Ekin dh bengkek jek otak ngan roadblock 2.

hang bodo!! hang bodo!! hang bodo!! hang bodo!! hang bodo!! hang PELAQ!!!!

I ngan Ekin dalam kete xhabis2 maki abg polis 2. Ape ke benak nye otak dorg buat roadblock atas jmbatan. Kan dah kne sebijik dari kitorg. Dah la time tu dh pukul 4 pagi, leh plak dorg buat lawak cmni. Ekin dah smpai jdik gile tggu lepas roadblock 2.

kalau bukan roadblock, aku nak guling atas jambatan sampai perai, sampai umah aku!!

Bengong Ekin!!!! Takyah nak tambah sakit perut I ok??? Now, dah selamat smpai kat shell dekat ngan umah Aq. Pastu, kitorg sume gerak gi makan nasi pokok ketapang sbb Man teringin nak makan kat sane. So lepas lepak-lepak & makan-makan, masing2 pon menuju ke hala umah masing. Kecuali yang perempuan, di mana hala tuju kamu semua adalah my house!! Sampai umah bukannye tido lagik, buatkan FB kat Yana & Ekin, and pastu baru masing2 berdengkur.....

krohhhhhhhhhh...........................kroooooohhhhhhhhhhhhh....................


*to be continued lagi ok????............*


truely, deeply, madly,



May 4, 2010

cuti hari buruh [PART 2]

*continued.........*

Waaahhhhh... Segarnye rase otak sebab bangun dari katil di bilik sendiri & bau segar air freshener kat rumah (sikit je lagik tinggal pon). Mandi-mandi, gosok gigi, basuh muke, tunjuk muke kat mama.

Okay.... Mama masak ape hari ni?

Melantak nasi tomato & ayam masak merah. Sedapnye rase makan masakan ibunda. Craving for this every single day of my life. Dah kenyang, back to the main agenda > keluar ngan Iera. Semalam before tido I de call Iera sebab dak UTM dah start cuti. So dier pon dah de kat rumah. Plannye hari neh nak tgk citer Ironman & I pon dah book tiket wayang smlm.

Ironman, GSC Sunway Carnival, 4.30 pm.

As usual (kononnye), I siap-siap & nak gi amik Iera kat rumah dier kat Kepala Batas. Walaupun jauh, tetap ku harunginya untuk mu.... cewaaaaahhhh!! After amikdier kat rumah (tot nak singgah umah tapi Cik Kiah takde rumah la plak) terus gerak gi Sunway Carnival nak amik tiket wayang yang dah booking 2. I twu, kalau x book, alamatnye beratur panjang nak rak ahh kitorg. Tapi, time kat tol Kepala Batas, jam dah menunjukkan kul 3.30 pm. Nak kne amik booking tiket 45 mnit b4 show. Means paling lewat kne amik tiket ialah kul 3.45pm. Dari Kepala Batas nak gi Seberang jaya mau la dekat 15-20 mnit. Memang xsempat nak amik ok??? Last2 pecut puney pecut, sampai kat SCM kul 4.05pm. I drop Iera kat tepi jalan jek sbb parking susah nak crik so dier leh ahh gi amik tiket wayang dulu. I dah pk dah, mesti xsempat punye nak tgk wayang neh. Pusing punye pusing kat Bandar Sunway tu, finally dapat la gak parking. Tu pon jauh sket dari pintu masuk SCM tu. Lantak la, janji I dapat parking. Elok lepas I dapat parking, Iera call ckap tiket wayang dh dapat. Dier suh tunggu kat kete jek after I told her parking location. I pon pelik gak, cepat tol minah neh gi beli tiket. Nak beratur konpem panjang nye. Nak amik tiket yang booked tu, konpem booking dah kensel dah sebab x kutip tiket dlm mase yang dh ditetapkan. Musykil gak otak I pk. Skali Iera dah sampai, I pon tanye la dier cmne beli tiket, beratur x panjang ke sume....

steady beb... seb bek aku stok muke kiut..... xyah beratur nak gi beli tiket...

BLLUEEEEEEEEEEEEKKKKKKK!!!!!!!!! Gi mampos sama ko, lahanat!!! Suke-suke jek nak ngaku muke kiut. Orang tiket tu sbeenarnye kesian tengok ko peluh-peluh lari. Sebab tu dier kasi jek kat ko beli kat kaunter booking tiket 2. Kalau x, mmg ko kne beratur pon!! Ha Ha Ha..... Yang paling x bley blah nye, kalau yang jaga kaunter tu abg ensem ke, I leh terima la gak. Ni skali dier bagi twu yang jaga kaunter tu akak (or adik ko, since ko kan dah umur 23!!! Ha Ha Ha). Mau xpecah perut I tahan gelak.

ok enuf! Jom gerak balik umah sebab 1 haprak bedak pon xsempat nak pakai. Baju pon cam orang sakai....

So kitorang pon balik ahh umah I since umah I ngan SCM xsampai 5mnit jek drive. Balik umah, siap-siap, then gerak balik gi SCM ngan muke yang lebih teratur & berseri. I beli popcorn sbb Iera dah beli tiket wayang I. Kitorang pon layan la cite Ironman. BEST OK!!!!!!!!

Now I terasa I dah jatuh cinta ngan Robert Downey Jr...... Sangat hensem & sexy OK~~ I laik~

After tgk movie Ironman, kitorang pon gerak gi stesen kereta api sebab Iera nak gi amik moto dier yang baru smpai dari JB. Ekceli kena amik moto 2 b4 kul 6 petang (ofis hour) tapi sbb I de kenalan ngan org KTM tu, I mintak la kat dier untuk amik malam sket (kena pandai gune special weapon sket maaaa). After amik moto Iera & anta gi rumah I, kitorg kuar balik naik kete gi Jusco Perda semata-mata nak makan Johnny's steamboat. Lepaskan gian and rindu kitorg kat situ. Order bukan main banyak. Dah la order set, order tambahan lagik. Pastu side order lagik. And the best part, sume berbelas-belas order & side order + minuman habis licin dalam masa less than half an hour!!!!!

weyh, kite makan ni bace bismillah x??? Aku rase aku dh bace.............. Ko????

Selepas masing-masing dah kenyang, kitorang pon mulekan penjelajahan mencari kasut, rantai, handbag, subang & segala macam benda yang menghabiskan duit walaupon sebenarnye 1 haram benda pon kitorang x beli. Lepas jalan-jalan buang angin, kitorang pon gerak balik. Hujan bukan main lebat kat luar. Kete papa plak xde air-cond. Nampak gayenye kami kne buat gaya survivor la. Main lap-lap cermin nak elakkan kabus kaburi penglihatan. Iera buat lawak papling best time I ngah drive kereta. Dier bley lap cermin kereta bahagian I dengan kadar kelajuan 0.5 m/j.

Hoi!!!! Aku ngah drive meredah hujan yang maha lebat. Ko leh wat lawak gini kan????


Saba je la I ngan si Iera neh. Bley je sebenarnye I tggu hujan reda. Tapi sebab my parents nye train kul 11.30pm, and time tu jam dah menunjukkan kul 10.05pm, plus dorg nak gi makan dulu sume, tu la sebabnye I redah gak hujan balik umah. Sampai umah dalam kul 10.20pm. Angkat barang-barang mama & papa, then gerak gi mapley Wajib Ali (restoran kegemaran papa). Kasik dorg makan sume, I and Iera cume amik bau jek sbb kitorg masing2 dah kenyang tahap gaban. Then, kul 11.00pm kitorg gerak gi train stesen. Carikkan seat kat papa & mama, then letakkan barang dorg, borak-borak dulu ngan papa, mama xkasik Iera balik umah sbb hujan, and then dorg pon naik la train. Sebak gak raser time dorg naik train 2. Tapi sebab Iera ade temankan I, xde la raser sunyi sgt. Padan muke Iera my mum tak bagi dier ride balik umah malam tu sbb hari hujan.

hahahahahahahaha...... Padan muke ko! Ngadap muke aku sampai ko muntah!

Kitorang pon gerak balik after that. Lepak2 sume, xsampai 15mnit, masing2 dah mule bosan. Iera call *********** ajak lepak, skali mamat 2 dah tido. Tapi selang brape minit kitorg lepak , dier kol balik. Katernye nak datang lepak umah sbb nak tunggu Aq & Man datang dari KL. Makhluk 2 ketul tu smpai dalam lebey kurang kul 4-5 pagi. So, kitorang bertiga lepak smpai kul 5 pagi, then gerak gi amik Aq & Man kat stesen bas Penang Sentral. Takkan la terus balik after amik dorang, msti ahh lepak mamak dlu. Lepas sembang-sembang kat khaleel, kul 6 pagi baru masing-masing gerak balik umah. *********** dropkan I and Iera kat rumah, and dorg bertiga pon blah. Dah sampai umah, ape lagi benda leh buat melainkan tido, btul x???

krooooohhhhhhhhhhhhh........kroooooooooooooohhhhhhhhhhhhh....................


*to be continued lagik...........*


truely, deeply, madly......

cuti hari buruh [PART 1]

Okay rakan-rakan. Dah tibe masanye untuk I meng-update blog. Ekceli, banyak je mase update blog time cuti ritu. Tapi malas punye pasal plus byk gile mase kuar ngan mmbe2, balik umah keje tau tido. Okay, hari khamis ritu after test TP, I & Pa'ah lepak2. bosannye pasal, lepak2 Ipoh then kitorg decide nak balik Penang malam tu jugak. Dah la I xbgtwu kat my mum yang I nak balik. Sekali dorg xde kat rumah memang terbongak I kat depan rumah tu kang. So habis test TP, I balik bilik siap2 packing barang sume, then terus gerak. Cadangan asal sebenarnye I nak lepak & tgk Ironman mlm 2 ngan Aryaa, Nabil & Shahrul. But sorry guys, I tumpang orang. Since tuan kete dah kate gerak balik penang, I pon jom kan jek.

"Takpe eyh rakan-rakan, nnti kiter lepak skali ok??"

Before balik tu, I teman Pa'ah gi shopping sket kat Ipoh Parade. Ok, now thanx to Pa'ah sbb dier memperkenalkan kat I satu kedai baju yang sangat la cantik-cantik bajunye & murah. Sampai I pon hampir terjoin skali nak gi beli baju kat kedai tu (haish, seb bek iman kuat lagik). Tapi, sempat ahh beli hair band n sepit.

Aca-aca Blair Waldorf gitu. Auuwwwwwww.... (yucks!!!)

After berjalan-jalan kat Ipoh Parade (walaupun banyak kedai dah nak tamat operasi since jam dah menunjukkan kul 10 mlm), kitorang decide nak makan kat Kopitiam Junction. I kebulur nak makan Black Pepper Chicken Rice dier sejak my lovely kazen, Mazni memperkenalkan kat I. After lepak2 kat situ & terserempak ngan Azam, Mookie & the gang, I & Pa'ah pon decide untuk blah sbb pada awalnya kitorg nak tggu Kak Sai datang. Tapi tetibe dier xjadik datang. So kitorang berdua pon gerak la balik penang. Singgah kat hentian R&R semanggol kejap untuk cuci tekak, then gerak balik & sampai umah I dalam kul 1am. Dah sampai depan rumah tpi saje nak wat surprise kat mama & papa. So I pon call la dorg.......

**************

tuuutttttttttt.........tutttttttttt........... tuuuttttttttttt........tuttttttttttt.....

mama: hello.... (suara baru bangun tido)

me: hello mama. Dah tido ke??

mama: daaaahhhh.... Tapi dah adik call, mama dah bangun laaa...

me: owh, ok. Sape de rumah?? Papa ade rumah ke?? (sedangkan I nampak kete papa kat luar)

mama: Irfan ngan Izwan mama dah hambat balik. Penat nak jaga dorg. Papa ade je neh. Ngah tengok TV.

me: owh.....yeke...... Hrummm xpela kalau gitu. Bukak la pintu rumah neh.

mama: AAAAAAAAA????

me: bukak la pintu gate neh. Adik kat depan rumah dah neh....

mama: Ya Allah. (suara latar) Pa, anak dah ade kat depan rumah.... cepat bukak gate.

me: hahahahahahaha. Kelam kabut sudah~~

***************

Then mama pon bukak la pintu ngan kelam-kabut. And mule-mule I kena bebel kejaaaaaaaaaaap je ngan mama sebab balik lewat malam. Tapi pastu, dah ok dah. Papa siap bawak I and mama gi makan nasik pokok ketapang lagik (sangat sedap ok nasik 2....) tanpa sempat I menyalin baju or membasuh muka. Ah, layankan aje. Makanan kowt~~ He He He.... Pastu balik umah pon, dengan perut kenyang, I pon tido....

krohhhh....krohhhhh..... (ok, berat badan konfem naik 10 kg klu hidup cmni slalu...)


*to be continued..........*


truely, deeply, madly...