March 3, 2010

fenomena pengangkutan

Selesai sudah perperiksaan berkaitan dengan fenomena pengangkutan. Sungguh terpicit rasanya tatkala saya mempelajari ilmu untuk fenomena ini selama hampir seminggu. Walaupun terpicit namun apakan dayaku untuk menidakkan ilmu yang diajari oleh pensyarah saya, Dr Nurul Hasan. Tuan, sesungguhnya ilmu yang tuan curahkan kepada kami akan kami simpan di dalam sanubari walaupun kepala hampir botak cuma tinggal daki ketika menyemak kembali kertas tugasan pertama subjek ini.

Tuan, sesungguhnya masa yang tuan peruntukkan kepada kami tidaklah memadai, sehingga ada yang sanggup melihat jaluran hitam hasil geseran ubat tik-tik dan kertas mengotori kertas jawapan kami ketika tuan mengutip helaian jawapan kami. Tidak sanggup rasanya untuk membayangkan keadaan kami ketika menghadapi perperiksaan akhir nanti. Terasa seperti satu sem saya hanya diabdikan untuk fenomena pengangkutan ini. Harap tuan tidak terlalu berjimat markah terhadap kami. Saya sentiasa mengharapkan yang terbaik dari tuan ketika menanda kertas jawapan saya.


buku yang sungguh membakar semangat untuk terus hidup sem ini.....


Otak saya terlalu bercelaru sehingga saya sendiri pening dan cuba untuk memahami hasil nukilan saya ini. Mungkin, malam ini merupakan malam pembalasan qada' tidur yang telah saya korbankan semata-mata untuk fenomena pengangkutan ini. Doakan saya mendapat tidur yang aman dan berkualiti. Salam sayang dari saya untuk anda semua. Juga untuk rakan-rakan sekelas yang mungkin telah terbungkang lebih awal dari saya. Harap kita semua tidak perlu untuk menduduki perperiksaan ulangan. AMIN~~~



p/s: harap bersabar dengan coretan yang mengarut ini. Cuma menulis apa sahaja perkataan yang terlintas di kepala.


sayonara,

No comments: