September 6, 2010

daily updates #060910

today update

> bangun tido (tido mlm kul 6 pagi...dh kmbali ke jadual asal I ngan Mazni)
> mandi-mandi, then stret kuar ngan mama
> gi SCM, amik duit gai from Jie Jie, then gi Avon shopping barang sket ngan mama
> balik, tolg mama wat sandwich sardine ngan donut nak anta kat kedai makcik Edah (bazar ramadhan)
> tolg mama masak berbuka, ayam masak kicap, kangkung goreng belacan, ngan ikan bilis goreng chili ngan ubi
> now ngah tgk tv smbil update blog, tgk2 fb n menjerit kat anak2 sedara ak yang sgt bising!!!



p/s: suara bleh hilang bile de 4-4 org toyol kecik neh ada kat rumah...



truly, deeply, madly

September 3, 2010

3 September 2010

1) Project HRM >> check!
2) Project Polymer >> check!
3) Test polymer >> check!
4) Progress report >> check!
5) FYP seminar >> check!

hrummmm..... Ape lagik yang kurang lengkap eyh???

OUH!! Ahah!!!! Packing barang & balik la ape lagik!!!!!!



p/s: sebenarnye dah smpai umah dah pon...wawawawawa



truly, deeply, madly

September 2, 2010

2 September 2010

Hari yang membunuh. Sangat-sangat membunuh!!!!!!!!!!

Kenape saye kate membunuh???!!!

bak kater omputih cakap ngan slang Aussie, "It's a good DAY to DIE!!!!"
(pronunciation: Its e gud dai tu dai)

Semalam, langsung tak tido. Kenapa? Sebab ade 2 project yang nak kne anta hari ni. Kenapa baru buat last minit? Bukan last minit ekceli. I tot kne anta hari Jumaat, sekali hari khamis daa~~ Hah, haru biru jdik hidup kejap. Naisb baik de Mazni tolong buat pasal project HRM. Segala link yang dier bagi sangat berguna untuk project. Thanx a lot my dearest!!!!

Pagi tadi pegi klas HRM, submit project, lepas la 1 beban kat atas bahu. Tot balik nak completekan project 1 lgik. Tahu2 kne anta lepas raya!!!! Siot tol!!!! Nape lambat sgt Dr Z bgtwu....... Habis burn tido saye semalam. Haish~

Tadi call my internal examiners regarding FYP Seminar. Nak gak coordinator neh buat last minit. Kasik hidup org haru biru jek. So, conclusion, Dr Lau suh dtg buat seminar esok petang. Nasib baik dier xnak slides pejadah sume. Okay, 3rd problem solved!

Last 2 problems, yang paling kritikal skali. Last week dah anta progress report kat my SV. Dier baru email balik semalam with quite A LOT mistakes in my report. Sampai ke grammar pon dier check. Ini I anta report pasal literature ke, pasal project chemical??? I pon dah confuse. Okay, kne btulkan sedikit sebanyak & dier nak ubah sket pkai format dier.

Suke ati tok nenek jek wat format sendiri.... Layankan je la, dier gak yg nak ksik markah...

Last problem, paling critical, esok pagi de TEST!!!!! Satu haram x baca lagik... Tak tido lagik la gamaknye malam neh. Hopefully berbaloi I korbankan 3 hari I neh dengan menjadi seorang yang multitasker. Dah mcm sotong dah I tgk diri kat cermin skang. GAMBATEE FATIN!!!!!!!



p/s: Kalau cuti raye aku tido cam lembu, jgn tnye la knape.......



truly, deeply, MADLY INSANE,

September 1, 2010

1 September 2010

Terasa sekejap je dah masuk bulan 9. Banyak lagi benda yg lom recap utk tahun neh. Macam baru semalam jek celebrate new year ngan my sayang. Ouh..... masa berlalu dengan terlalu pantas. Sedar-sedar dah masuk minggu terakhir utk puasa. Minggu depan dah raya. Haish....

Semalam Malaysia dah merdeka utk Tahun yg ke-53. Semalam jugak Cik Amy, babah Mazni genap umur 53. Semalam gak I sampai UTP after cuti 3 hari. Semalam gak I terasa nak muntah sbb Abg Ijai bawak kete laju babi. Semalam....sume semalam....

Bulan lepas punye cerita?????

Terlalu banyak smpai nak buat karangan 350 patah perkataan pon x cukup. Apatah lagi klu nak wat rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan. Macam2 benda yang jadik. Bermula dari perkenalan dengan Shyda, membawa ke pengetahuan terhadap kuckur, kemudian kata-kata nasihat buat JIE-JIEK, hinggalah pengenalan kepada kerjaya baru, Fashion Police. Dari bersembur air, sampai jatuh bersimpuh kat JUSCO, membawa ke arah pendermaan darah, banyak sangat memori nak dikongsi bersama. Thanx to Mazni & Shyda, u all make my life last month, FANTABULOUS!!!!! Ok, ini term baru fabulous + air berkabornat jenama Fanta. HAHAHAHAHAHA...

mengarut sudah.........................

Cukup la segala memory neh tersimpan dalam otak. Saya x sehebat Allie Hamilton untuk menulis setiap ape yang terjadi dalam hidup saye dalam sebuah notebook. Sebab notebook tidak cukup untuk memuatkan segala memory yang terjadi dalam hidup ini. Andai 1 hari, segala ingatan ini pudar dari minda, cukup la dengan mengetahui yang orang sekeliling saya sedar betapa pentingnya kalian dalam mencorak hidup dan kenangan dalam diri seorang Fatin Mardiyah Mahadi....



p/s: jangan la doakan saye nyanyuk ok!!!!!!hahahahahhaha



truly, deeply, madly....