June 25, 2011

Final semester.....

Semester May 2011, semester terakhir di bumi Tronoh neh. Semester terakhir untuk mencipta segala kenangan terindah kehidupan pelajar di kolej. Semester terakhir untuk menikmati segala masa terluang sambil menonton series dan movies even time weekdays. Semester terakhir untuk merasai erti ponteng kelas dan bangun tido lambat. Semester terakhir untuk mendapat duit free dan membelanjakannya tanpa berfikir untuk kali kedua. Semester terakhir untuk merasa cemas bile study last minit untuk final exam. Haish, banyak betul yang terakhirnya. Kalau semua last, bile nak start dengan first time plak?

Bermula Oktober 2011, bermulalah istilah first time dalam kehidupanku. First time untuk merasa kehidupan bertanggungjawab sebagai seorang dewasa, bukan lagi seorang pelajar. First time untuk mencipta kehidupan dan kerjaya demi menjamin masa depan. First time untuk menikmati kebebasan membuat keputusan sendiri and face the consequences. First time untuk mencari jam loceng 5-6 biji bagi membantu diri bangun awal pagi mencari rezeki. First time untuk mencari sesuap nasi dengan titik peluh sendiri. First time untuk berasa sayang membelanjakan duit gaji sendiri untuk kehendak peribadi. First time berasa cuak bile lambat 2 minit tunjuk muka time meeting dengan bos.

Semua yang berakhir mesti la untuk permulaan sesuatu yang baru. Tiada yang berakhir begitu sahaja. Dan takde benda yang akan bermula sebelum sesuatu sebelum itu berakhir. Harap-harap journey aku sebagai seorang pelajar berakhir dengan cemerlang. Andai tak mampu untuk cemerlang, sudah memadai andai ape yang aku pelajari dari umur 6 tahun hingga 23 tahun ni berjaya menjadikan aku insan yang bijak memisahkan baik dan buruk. Terima kasih atas bantuan kalian sepanjang 17 tahun aku bergelar seorang pelajar. Moga-moga masa depan yang cerah menanti aku nanti. Amin.....


p/s: harap-harap jugak aku cepat-cepat jadi bini orang. Amin.....


Truly, deeply, madly hoping,