May 25, 2011

birthday bash!!!!!

Semalam birthday bash adik Shikin. Ai sendiri pon dah lupe birthday adik dier hari ni, so celebration dier semalam la. Ai tot dorang neh main redah jek, rupe-rupenye si Shikin ngan Anys dah plan awal-awal sah benda neh. Siap dengan cake sume dah beli. Keje ai? Tangguk je la.. Hahahahahahaha

Celebration buat kat Airport. Err, macam mane nak describe eyh? Ai pon failed bab-bab nak describe benda neh, so bagi sape-sape yang stay kat Ipoh neh mebi faham la Airport mane yang ai maksudkan. bukan Airport as if airport kapal terbang landing tu. Ni Airport yang dekat area De Garden tu. Ade karaoke, de bar and pub gak. So the celebration went off over there. Sumenye happening. For the picca, nanti la ai upload kat fb. Or sape2 yang ade tag ai tu, tgk la. Malas gile la ai nak upload kat blog neh. Leceh...hahahahahahha...

That's all for now, enjoy reading y'all!!!!


p/s: sape nak wat besday surprise mcm tu kat aku plak????haish~~~


truly, deeply, madly enjoy,

May 23, 2011

quick updates #220511

- Hari ni bangun awal settle kan segala hal berkaitan dengan hostel and FYP
- Selesai mengangkut barang Shikin aka rumet baru masuk dalam bilik dari bilik lame dier
- Went to Ipoh Parade with Shikin and Anys sebab Shikin nak shopping barang sket. Ouh ya, ai sempat buat second piercing dekat telinga ai!!!!
- Ambil adik Shikin and Pokmang dekat train station Ipoh
- Singgah rumah Mazni hantar borang yang dier suruh print and also segala loyang dan hanger dekat rumah Cik Wan and Aunty Syema
- Makan dekat Restoran Foh Sing kat Ipoh Garden sambil sakit perut gelak.
- Balik and sambung kemas bilik yang bersepah kalah kapal Flying Dutchman pecah
- And now, nak tido.

Till next time, tata!


p/s: sampai skang telinga aku berdenyut...haish~~~


Truly, deeply, madly exhausted,

May 19, 2011

For the first time

For the first time, ai balik UTP awal dari yang sepatutnye. Selalunye ai akan balik UTP either on the dot, awal sehari or lewat seminggu. Terpulang kepada mood keadaan tuan punye badan. But, this time, tuan punye badan memang taknak balik awal pon. TERPAKSA balik awal, FYP punye pasal. Geramnye la mengganggu keindahan cuti ai.

Bergerak dari rumah almost pukul 4 petang. Mama la ni, nak tengok Marshanda dulu la. Macam la Marshanda tu nak lari tinggalkan dier. Hari-hari tengok pon, bukan Marshanda tu kenal mama. Haish~ Angkut si anak dara Syira sekali pergi, senang la sket mak dier nak jaga si kenit Sofiyya tu. Sampai UTP lebih kurang pukul 6.30pm. Ingat nak makan kat Pak Ali, tapi tutup plak. Lupe plak yang hari ni hari rabu. Ai ajak la mama ngan papa gi pasar malam since mama suke bebenor dengan nasi kerabu, nak la bagi dier rase nasi kerabu terulung kat Taman Maju neh. Papa plak makan nasi campur je kat kedai makcik Sufiah kat V2. Lepas tu, hantar ai kat blok ai, then dorg pon balik.

Kali ni entah kenapa rasa syahdu je bile papa ngan mama nak balik. Pesanan dorg pon masuk dalam telinga and macam melekat terus kat hati neh. Selalunye, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Maybe sebab dorg sedar yang bukak sem neh merupakan sem last anak dara dorg neh kat UTP. Maybe dorang terfikir lepas ni, ke mana la plak anak dara mereka tercampak jauh. Sumpah ai rase macam nak menanges je time mama ngan papa nak blah.

Takpe la mama, papa. Adik janji adik tak lupe pesanan mama ngan papa and akan work hard sem neh since ni sem terakhir. Ade mase terluang, adik balik rumah eyh? Doakan la adik dapat intern kat IOI oleochemical kat Perai tu. Kan dah dekat dengan rumah dah. Hari-hari boleh tengok muke adik sampai muntah! Hiks Hiks!


p/s: time nak tulis blog neh pon rser macam nak menanges teringat kat papa and mama.,,, *sob sob*


Truly, deeply, madly homesick

May 18, 2011

quick updates #180511

- Hari ni takde ape-ape yang menarik sangat pon
- Bangun sangat lewat sebab semalam tido lepas subuh semata-mata re-construct blog ai. Sedar-sedar mama kejut time dier tengah tengok Marshanda (betul la kowt tajuk sinetron tu)
- Mandi, then siap-siap teman mama keluar kejap
- Mama belanja makan kat Pizza Hut tadi before teman dier beli barang dekat Giant
- Sampai rumah, my friend Ida datang jemput kat rumah keluar lepak (since lame gile x jumpe dier sejak dier preggy)
- Ida, Iera, Apit and ai layan cerita Kongsi kat wayang. Sumpah 2 minit yang pertama dah pecah panggung ai dengan Ida gelak
- Beli Coolblog then layan claypot dekat food court
- hantar Ida sampai dekat adik dier then Iera hantar ai balik
- Sampai rumah, online and makan nasi ayam masak merah lagik

Ouh, ai raser berat bada ai naik gegile la time cuti neh. Sehari tak nak plak 5-6 kali ai melantak. Ahhhh, heran ape. Bukan selalu pon dapat merasa masakan ibunda. *wink*


p/s: Ida and ai tak boleh dok 1 panggung tengok cerita lawak. Nescaya 1 panggung tu hanya gelak bukan hanya sebab movie tu lawak, tapi sebab tengok kami yang gelak tak berhenti and LOUD!!!! Hahahahahahaha


Truly, deeply, madly hilarious,

Idaman kalbu #01 - Matsuda Shota

Berdegup kencang hati ai setiap kali menatap wajah jejaka ini di wallpaper laptop ai. Geram yang amat kali pertama! Thanx to nGeLo_kaNzaKi kat #mirc yang kenalkan ai dengan mamat neh. First ai jatuh cinta dengan Matsuda Shota ni adalah melalui series LIAR GAME dengan memegang watak sebagai Shinichi Akiyama. Ouh, suara garau yang macho keluar dari bibir mungil that is soooo kissable to me. Geram kali kedua! Tu belom lagi bile dengar dier marah and bile hug si heroin dalam cerita Liar Game tu. Ai dapat bayangkan yang ai berada di dalam pelukan dier. Argh, geram kali ketiga!! Cukup kali kelima ai geram, ai kena terus pegi jumpe dier or else, ai boleh meroyan!!! Hahahahahahahaha

Matsuda Shota neh memang dilahirkan dalam keluarga seni pon. Kalau dekat Jepun, Keluarga Matsuda neh lebih kurang keluarga Yusop Selam la kat Malaysia neh. Dari bapak, sampai ke mak, sampai ke abang sampai ke makcik sampai la ke diri dier sendiri, semua berkecimpung dalam industri seni. Sebenarnya, Shota neh dah mule popular and dikenali ramai sejak dier berlakon dalam Hana Yori Dango lagik. Tapi since ai neh bukan J-pop/K-pop fan, so agak ketinggalan la dalam perkembangan beliau. Itu pon nasib baik ade orang baik hati kenalkan ai dengan Shota neh. Kalau tak, agak-agak sampai grad la ai kerugian kurang mengenali seorang lgik watak hensem dalam hidup ai. Huhuuhuhuhu...

Below are some of his piccas and also his bio. Enjoy reading!!!!

Name : Matsuda Shota
D.O.B : 10 September 1985
P.O.B : Tokyo, Japan
Height/ weight : 181cm / 61kg
Blood type : A (pergh....sampai blood type ai stalk. Takpe, incase dier tak cukup darah, ai boleh derma)
Family :
Matsuda Yusaku (Father/Actor)
Matsuda Miyuki (Mother/Actress)
Matsuda Ryuhei (Brother/Actor)
Kumagai Mami (Aunt/Actress)









p/s: destinasi idaman kalbu selepas Amareka, Nippon!!!! Ouh mera Matsuda.. (agak-agak dia faham tak?)


Truly, deeply, madly in love....

May 17, 2011

Selesai sudah

Penatnye mengubah segala templates kt blog ai. Kali ni mungkin kali terakhir ai akan buat major transformation kat blog ai. Sakit otak wooo buat selalu. Sumpah ai salute kat my cousin, Mazni yang rajin bebenor mengubah segala menatang alah kat dalam blog dier tu. Ikut kan ai yang dulu-dulu buat blog neh compare to Mazni, but somehow dier lagik arif dengan blogging-blogging ni. Maklumla, dier rajin mencari segala tutorial. Tutorial kelas pon ai tak pergi, apetah lagik nak mencarik tutorial pasal benda-benda macam ni. Confirm sah-sah la ai malas!!!!

Sekarang dah pukul 6.30 pagi. Nak subuh kejap lepas tu ai nk mati atas katil kedengkuran. Penat habat tukar menatang alah neh. Till next time, daa~



Truly, deeply, madly exhausted,

membuang sawang...

OHAIYOK!!!!!

Terlalu lama tak berjenguk blog ai yang satu ni. Macam la ada banyak sangat blog nye. Ntah la, bz sangat last sem dengan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan secepat mungkin. Study ai, FYDP ai, itu la ini lah sampai ai rase last sem ai tak sempat nk duty untuk UTPHost pon. Sempat datang utk family day dier sajos. Haish.... Ini baru je final semester. Kalau dah keje nanti macam mane la gamaknye. Mesti rindukan zaman perkolejan ni. Zaman-zaman kamu sempat untuk pergi karaoke pada waktu malam dan lepak di McD sampai pukul 4-5 pagi, zaman-zaman kamu bosan-bosan terus call sape-sape yang available then terus shoot gi main snuker or pool dekat ipoh or evn kat sebelah UTP sajos, zaman-zaman kamu boleh keluar and lepak kat mamak yang same untuk 4 kali dalam mase satu hari dan order air yang same bergelas-gelas, zaman-zaman kamu ulang-alik Ipoh-UTP macam jarak antara dua tempat itu sejauh Menara 1st and Menara 2nd KLCC.

Tapi, akan diingati lagi kah zaman-zaman itu bile kite dah dewasa kelak?? Atau yang hanya diingati cume zaman-zaman bile kamu dipulaukan satu batch disebabkan pembawakkan diri kamu yang mudah mendekati kaum Adam? Atau zaman-zaman kamu dicerca hanya kerana kamu didekati oleh senior-senior? Or zaman-zaman gelap kamu sehingga kamu dicop terlalu "liar" untuk dijinakkan? Atau zaman-zaman kamu ditikam oleh teman rapat sendiri hanya disebabkan rakan-rakan baru yang membawa keuntungan dalam pencapaian akademiknya? Itu terpulang kepada masing-masing untuk mengimbau kenangan indah atau pahit semasa di zaman perkolejan kalian. Bagi ai, buat ape nak fikir benda yang pahit yang hanya menambah kerutan kat muke ni. Baik fikir benda-benda yang manis je, muke pon boleh jadi awet muda jugak. He He He

Kawan-kawan di kolej, mahupun di sekolah menengah dan rendah serta di tadika (andai korang masih cam muke ai la....hahahahahha), kehadiran korang dalam hidup ai sangat bermakna. Ada yang merubah bentuk jasad fizikal ai, ade juga yang merubah bentuk pemikiran otak ai, dan ada juga yang merubah hati ai. Sedikit pon tak menyesal dalam hati ni kenal korang. Even ade yang sesetengah tu dah kawen, ade yag jauh beribu batu, ade yang perkenalan singkat membawa ke mati, ade yang touch n go, semua memberi impak maksima punya la wa cakap sama lu. Hehehehehe. Dah banyak sangat dah den merapu neh. Nanti-nanti den buang saki-baki sawang kat blog neh. Tata!!!


truly, deeply, madly

May 12, 2011

quick updates #120511

Yesterday is my last paper. Boleh lah siap-siap and kemaskan barang untuk balik. Mama and papa pon kejap lagi sampai la UTP datang kutip anak dara dier neh balik rumah. Bajet macam cuti lame tapi cuti sem kali neh cume seminggu sajos. Itu pon kalau memang seminggu ai dok rumah. Buatnye ai kena balik UTP awal sebab FYP ai, dah x jadik cuti seminggu. Huhuhuhuhu... Hari ni dah setel segala hal.
- Hostel registration   [check]
- booking lab GCMS & TGA   [check]
- jumpe SV (dier takde kat bilik plak...)
- jumpe HOD (pon takde kat opis gak)

 So, memang konklusinye, next sem kena la balik awal untuk setelkan dengan my Sv and nak berjumpe dgn HOD. Till next time, daa~


p/s: nak dok rumah lame-lame..... waaaaaaaaaaaa ~~ T-T


Truly, deeply, madly down,

May 11, 2011

23 years old

Hari ni genap la usia ai 23 tahun. Thanx to all for the wishes. Mazni terlupa pasal birthday ai. No worries, you are forgiven since yu ade buat entry pasal ai. Hahahaha. As for my hubby2b, since you forgot to wish my birthday, ai akan merajuk dengan yu selama seminggu. And for Noor Adila, thank you so much sebab menjadi orang pertama yang wish, even sudah bertahun kite tidak ketemu.

Lastly, thank you so much for the wishes, guys!!!!!


p/s: nak wish dapat hadiah ape ye tahun ni??? Hahahahaha


Truly, deeply, madly birthday girl,

May 1, 2011

Shoe coma

Pernah anda dengar phrase di atas? Mungkin korang pernah dengar tapi as different words; shoe and coma. Tapi kalau shoe coma??? Haaaa, dah konpius kan?? Hahahahaha

1 May 2011, Hari Buruh yang menjadi cuti umum buat semua pekerja. Tak kira la perkeja awam ke, swasta ke, sendirian berhad ke or penganggur. Semua nak cuti hari nih. Mazni and ai pon haruslah cuti same. Tak tahu nak buat ape hari cuti macam ni, kami pon bercadang nak pergi jalan-jalan dekat entertainment place kat Ipoh neh. Cadangan asal: Red Riding Hood.

Menaiki motor meredah hujan menuju ke arah Ipoh Parade. Keringkan baju yang basah dekat toilet dengan menggunakan dryer (teruk tol perangai) sebelum meneruskan perjalanan menawaf IP. Usha tiket wayang, red riding hood takde plak kat GSC IP neh. So berjalan dan berjalan dan berjalan. Sempat la ai beli pendrive 4gb yang sangat comel and makan segala paratha serta each-a-cup. Then kitorg decide nak pergi Jusco plak. Hujan atau tak, itu perkara kedua.

Sampai Jusco, kami menuju ke Johnny's. Menjamu selera, makan macam tiada hari esoknya. Hahahahahaha... Sebelum Johnny's, ai sempat pau sepasang kasut kat Nose yang buat promotion 50% on selected items. lepas makan dekat Johnny's, ai ngan Mazni pon jalan-jalan and masuk akt Vincci.

"Ouh, kasut lambak lagi Mazni. Jom tgk!"

Tapi yang pelik nya, kenapa ramai sangat orang kat dalam Vincci ni. Kat Nose pon ade gak wat kasut lambak mcm ni, tapi takde la seramai ini. Then ai tengok keliling, kenapa dekat rak-rak kasut dier, kasut macam nan hado sajos? Macam semua di buat lambak sajos? Then ai nampak 1 tag yang sangat-sangat menarik perhatian ai.

'50% on all ITEMS'

All items?? HAH?? ALL ITEMS?? FOR REAL??

Bermula dari situlah shoe coma ai. Almost every kasut ai try and ai rase nak amik. Mula-mula ai terfikir, nak tutup ke outlet Vincci neh yang buat sale gila-gila neh? Rupenye 3-days special. Ai rase ai berada kat dunia lain time ai kat Vincci tu. Dunia kasut yang sungguh indah. Pelbagai jenis kasut. Hari tu saje ai borong 4 pasang kasut, dekat Vincci sajos. Total kalau masuk dengan Nose, ai dah tapau 5 pasang kasut. Ouh, indahnya dunia kalau hari-hari boleh shoe coma macam ni. Segala gambar kasut yang ai tapau korang boleh tengok dalam post ni. Tak larat dah ai nak upload gambar. Till next time, daa~


p/s: Lebih indah kalau shoe coma ai melibatkan Louboutin yang buat sale 70%, all items! Hiks~


Truly, deeply, madly in shoe coma,