August 3, 2009

resepi hari bapa...

bukan main lama hari bapa dah lepas, baru la mashi teringat nak post kat blog neh...bulan jun hari 2, mashi ade wat surprise kat papa...konon anak pompuan dier yang sangat berhati perut dan bertimbang rase la, mashi pon buat la karamel kat papa, since setahu mashi 2 antara desert peberet dier....mula2 buat dek je dulu...time buat 2 hari khamis....sebab kalau hari lain either papa takde kat rumah or asek melekat je...so hari yang paling afdal skali hari khamis la sebab hari khamis mama papa and abg pegi mengaji al-quran kat pondok kat kedah. so lepas dalam pukul 5 camtu dorang dah gerak, bermula la gerak langkah mashi membuat karamel...paling senang pakai kukus la....xde la renyah sangat..huhuhuhu

Puding Karamel
  • 400ml susu segar @ susu cair
  • 4 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 2-3 titik esen vanila
  • 5 sudu besar gula [utk karamel dier]
  • 2 sudu besar air [utk karamel dier]

cara nak buat

  1. sediakan karamel: masuk gula & 1 sudu besar air dalam periuk. Masak atas api sederhana. bila dah nampak perang masuk lagik 1 sudu besar air then continue masak sampai perang. Dah cukup perang tuang dalam loyang.
  2. Then kat tempat lain, pukul telur dengan gula halus sampai sebati. jangan sampai berbuih.
  3. Dekat periuk lain, masuk susu dengan esen vanila. masak susu 2 tp jangan smpai mendidih. Asal cukup panas sudah la.
  4. Pastu, tuang susu yang tengah panas tu dalam telur yang dah dipukul tadi perlahan-lahan. Kacau pelan2 sampai sebati. Dah cukup sebati, tuang dalam loyang yang ade karamel tadi.
  5. After that, tutup loyang 2 dengan aluminium foil. Mashi hari 2 wat tutup 2 lapis. Then kukus ahh dengan api perlahan for 30minit.
  6. Bila dah cukup time, keluarkan and biarkan sejuk selama 5mnit. Then baru bukak aluminium foil 2 & trasfer la pegi ke pinggan yang korang suke. Nak lagik sedap, simpan dulu dalam peti ais baru makan.

dah siap puding karamel mashi utk papa....lain kali nak buat puding triffle plak...huhuhuhu


with love,

2 comments:

limauais said...

yummyy..
resepi sndrik ke cilok lm bku?
hahaha..
da bley jadi bini org ni,pndai masak..

mashi mikage said...

ni namenye amik resepi dri blog org lain....
tapi seb bek la menjadi...
meh2 try...sedap~~