October 12, 2011

Jawatan Kosong

Jangan terperdaya dengan title di atas ye kawan-kawan. Ini bukn iklan jawatan kosong macam dekat Jobstreet or macam dekat wall Abe Idham kat FB. Ini adalah satu title yang sedikit sarcastic bagi sesiapa yang memahaminye.

Ahad lepas, tumbangnya seorang general di kalangan orang bawean di Sg. Rokam, Ipoh. Ouh, jangan taya apa itu orang Bawean. Itu merupakan salah satu kaum di Indonesia and I'm proud to be one of them, instead of being Malaysian too laaaaaa. General yang dimaksudkan di sini ialah Obek Nana iaitu kakak sedara kepada my mum. Obek tu ialah panggilan untuk makcik/pakcik yang lebih tua dari ibu bapa kita mengikut bahasa Bawean. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.07 petang di Hospital Tuanku Permaisuri Bainun, Ipoh. antara sebab utama kematian ialah Pneumonia.

arwah (kanan) di saat masih mampu bergelak tawa bersama

Pemergian beliau meninggalkan satu impak yang amat besar kepada orang Bawean di Ipoh. Manakan tidak ada orang Bawean yang tidak kenal dengan beliau, malah ade yang gentar dengan beliau semasa beliau masih bernyawa. Alhamdulillah, segala urusan berjalan dengan lancar. Allahyarhammah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Manjoi. Semoga bersemadi dengan tenang dan aman di sana. Amin.

Cuma yang masih menjadi tanda tanya, siapakah yang bakal menggantikan tempat beliau sebagai general di kalangan orang Bawean di Ipoh bahkan untuk orang Bawean di Singapura dan KL juga. Adakah Penolong Kanan 1 beliau akan mengambil alih takhta yang ditinggalkan kosong buat sementara waktu itu? Biarlah masa yang menentukan. Buat Obek Nana, Insya-Allah kita akan bertemukan kembali di syurga kelak. Al-Fatihah.........



Truly, deeply, madly 

No comments: