May 17, 2011

membuang sawang...

OHAIYOK!!!!!

Terlalu lama tak berjenguk blog ai yang satu ni. Macam la ada banyak sangat blog nye. Ntah la, bz sangat last sem dengan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan secepat mungkin. Study ai, FYDP ai, itu la ini lah sampai ai rase last sem ai tak sempat nk duty untuk UTPHost pon. Sempat datang utk family day dier sajos. Haish.... Ini baru je final semester. Kalau dah keje nanti macam mane la gamaknye. Mesti rindukan zaman perkolejan ni. Zaman-zaman kamu sempat untuk pergi karaoke pada waktu malam dan lepak di McD sampai pukul 4-5 pagi, zaman-zaman kamu bosan-bosan terus call sape-sape yang available then terus shoot gi main snuker or pool dekat ipoh or evn kat sebelah UTP sajos, zaman-zaman kamu boleh keluar and lepak kat mamak yang same untuk 4 kali dalam mase satu hari dan order air yang same bergelas-gelas, zaman-zaman kamu ulang-alik Ipoh-UTP macam jarak antara dua tempat itu sejauh Menara 1st and Menara 2nd KLCC.

Tapi, akan diingati lagi kah zaman-zaman itu bile kite dah dewasa kelak?? Atau yang hanya diingati cume zaman-zaman bile kamu dipulaukan satu batch disebabkan pembawakkan diri kamu yang mudah mendekati kaum Adam? Atau zaman-zaman kamu dicerca hanya kerana kamu didekati oleh senior-senior? Or zaman-zaman gelap kamu sehingga kamu dicop terlalu "liar" untuk dijinakkan? Atau zaman-zaman kamu ditikam oleh teman rapat sendiri hanya disebabkan rakan-rakan baru yang membawa keuntungan dalam pencapaian akademiknya? Itu terpulang kepada masing-masing untuk mengimbau kenangan indah atau pahit semasa di zaman perkolejan kalian. Bagi ai, buat ape nak fikir benda yang pahit yang hanya menambah kerutan kat muke ni. Baik fikir benda-benda yang manis je, muke pon boleh jadi awet muda jugak. He He He

Kawan-kawan di kolej, mahupun di sekolah menengah dan rendah serta di tadika (andai korang masih cam muke ai la....hahahahahha), kehadiran korang dalam hidup ai sangat bermakna. Ada yang merubah bentuk jasad fizikal ai, ade juga yang merubah bentuk pemikiran otak ai, dan ada juga yang merubah hati ai. Sedikit pon tak menyesal dalam hati ni kenal korang. Even ade yang sesetengah tu dah kawen, ade yag jauh beribu batu, ade yang perkenalan singkat membawa ke mati, ade yang touch n go, semua memberi impak maksima punya la wa cakap sama lu. Hehehehehe. Dah banyak sangat dah den merapu neh. Nanti-nanti den buang saki-baki sawang kat blog neh. Tata!!!


truly, deeply, madly

No comments: