May 1, 2011

Shoe coma

Pernah anda dengar phrase di atas? Mungkin korang pernah dengar tapi as different words; shoe and coma. Tapi kalau shoe coma??? Haaaa, dah konpius kan?? Hahahahaha

1 May 2011, Hari Buruh yang menjadi cuti umum buat semua pekerja. Tak kira la perkeja awam ke, swasta ke, sendirian berhad ke or penganggur. Semua nak cuti hari nih. Mazni and ai pon haruslah cuti same. Tak tahu nak buat ape hari cuti macam ni, kami pon bercadang nak pergi jalan-jalan dekat entertainment place kat Ipoh neh. Cadangan asal: Red Riding Hood.

Menaiki motor meredah hujan menuju ke arah Ipoh Parade. Keringkan baju yang basah dekat toilet dengan menggunakan dryer (teruk tol perangai) sebelum meneruskan perjalanan menawaf IP. Usha tiket wayang, red riding hood takde plak kat GSC IP neh. So berjalan dan berjalan dan berjalan. Sempat la ai beli pendrive 4gb yang sangat comel and makan segala paratha serta each-a-cup. Then kitorg decide nak pergi Jusco plak. Hujan atau tak, itu perkara kedua.

Sampai Jusco, kami menuju ke Johnny's. Menjamu selera, makan macam tiada hari esoknya. Hahahahahaha... Sebelum Johnny's, ai sempat pau sepasang kasut kat Nose yang buat promotion 50% on selected items. lepas makan dekat Johnny's, ai ngan Mazni pon jalan-jalan and masuk akt Vincci.

"Ouh, kasut lambak lagi Mazni. Jom tgk!"

Tapi yang pelik nya, kenapa ramai sangat orang kat dalam Vincci ni. Kat Nose pon ade gak wat kasut lambak mcm ni, tapi takde la seramai ini. Then ai tengok keliling, kenapa dekat rak-rak kasut dier, kasut macam nan hado sajos? Macam semua di buat lambak sajos? Then ai nampak 1 tag yang sangat-sangat menarik perhatian ai.

'50% on all ITEMS'

All items?? HAH?? ALL ITEMS?? FOR REAL??

Bermula dari situlah shoe coma ai. Almost every kasut ai try and ai rase nak amik. Mula-mula ai terfikir, nak tutup ke outlet Vincci neh yang buat sale gila-gila neh? Rupenye 3-days special. Ai rase ai berada kat dunia lain time ai kat Vincci tu. Dunia kasut yang sungguh indah. Pelbagai jenis kasut. Hari tu saje ai borong 4 pasang kasut, dekat Vincci sajos. Total kalau masuk dengan Nose, ai dah tapau 5 pasang kasut. Ouh, indahnya dunia kalau hari-hari boleh shoe coma macam ni. Segala gambar kasut yang ai tapau korang boleh tengok dalam post ni. Tak larat dah ai nak upload gambar. Till next time, daa~


p/s: Lebih indah kalau shoe coma ai melibatkan Louboutin yang buat sale 70%, all items! Hiks~


Truly, deeply, madly in shoe coma,

No comments: